Anak angkat |
: |
Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya. |
Fasakh
|
: |
Bahasa: Batal
Istilahtilah: Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi yang dipohon oleh isteri atau dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syara' |
Hadhanah |
: |
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri |
Iddah
|
: |
Bahasa: Tempoh,pengiraan
Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami. |
Iddah |
: |
Bahasa: Tempoh,pengiraan
Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami. |
Ijab perkahwinan |
: |
Lafaz nikah yang diucapkan oleh Wali/jurunikah/wakilnya. |
Kabul |
: |
Penerimaan yang iucapkan oleh bakal suami seperti aku terima nikah.. |
Khuluk |
: |
Bahasa: Mencabut/menanggalkan
Istilah: Penceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu. |
Lafaz Kinayah |
: |
Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan. |
Lafaz Sorih |
: |
Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang. |
Lian
|
: |
Bahasa: Laknat
Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman Qazaf disebabkan tuduhan Zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab. |
Mahar |
: |
Mas kahwin atau pemberian wajib daripada suami kepada isteri samaada berbentuk wang, atau sesuatu yang bernilai |
Mahar Misil |
: |
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri. |
Mahar Musamma |
: |
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. |
Mahkamah Syariah
|
: |
Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal ( harta ) dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukan oleh Enakman Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri. |
Mahram |
: |
Golongan yang haram dikahwini atau tidak batal wuduk |
Meminang |
: |
Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri. |
Nafkah |
: |
Sara hidup atau perbelanjaan harian orang yang berada di bawah tanggungannya |
Nafkah Batin |
: |
Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak. |
Nafkah Zahir |
: |
Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian. |
Nusyuz
|
: |
Bahasa: Derhaka/Ingkar
Istilah: Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. |
Nusyuz
|
: |
Bahasa: Derhaka/Ingkar
Istilah: Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. |
Perkahwinan
|
: |
Bahasa: Cantum atau himpun
Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan. |
Perkahwinan Mut'ah |
: |
Nikah sementara waktu atau nikah kontrak. |
Poligami |
: |
Bahasa: Banyak isteri
Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada satu masa. |
Poligami
|
: |
Bahasa: Banyak isteri
Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada satu masa. |
Rujuk |
: |
Bahasa: Kembali
Istilah: Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya. |
Talak
|
: |
Bahasa: Cerai atau melepaskan ikatan.
Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak /cerai/yang mengandungi makna keduanya. |
Talak Bain Kubra |
: |
Talak 3 yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan. |
Talak Bain Sugra |
: |
Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru. |
Talak Bid'i
|
: |
Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan isteri ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau menceraikan isteri dengan talak 3 sekaligus. |
Talak Raj'ie |
: |
Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya dan boleh dirujuk semula. |
Talak Sunni |
: |
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu/dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi. |
Talak Ta'lik |
: |
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. |
Wali
|
: |
Bahasa : Bantuan atan perlindungan daripada Allah
Istilah : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan. |
Wali Akrab |
: |
Wali yang hampir dengan perempuan termasuk atuk dan bapa |
Wali Bukan Mujbir |
: |
Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa. |
Wali Hakim |
: |
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengkahwinkan perempuan ketiaaan wali atau wali hilang |
Wali Mujbir |
: |
Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. |
WalimatulUrus |
: |
Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan. |
Zihar
|
: |
Bahasa: Belakang
Istilah: Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana- mana perempuan mahram baginya. |