WAJIB HAJI
Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).
Perkara wajib haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
- Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
- Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:
a) miqat makani;
b) miqat zamani.
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.
2. Bermalam di Muzdalifah
- Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga subuh.
- Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
Muzdalifah adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masyair Haram). Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah sampai waktu terbit matahari hari Nahr.
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.
4. Bermalam di Mina
Hendaklah bermalam pada malam-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.
Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji.
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu
Syarat-syarat melontar
1. hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
2. hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan Al-Aqabah.
3. niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
4. melontar dengan batu yang suci
5. batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
6. melontar dengan gaya melontar
7. melontar dengan tangan
8. dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:
1. menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka dan memakai sarung tangan bagi wanita.
2. memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
3. memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
4. memakai minyak pada rambut dan janggut.
5. mencabut bulu atau rambut dan badan.
6. memotong kuku.
7. membunuh binatang buruan.
8. bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
9. jimak (bersetubuh).
10.melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah
|