PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN ISLAM

 

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Maksud Aplikasi ICT

Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT dalam p&p secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian

Manfaat ICT dalam p&p dengan keperluan dalam pembelajaran: berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. meningkatkan motivasi murid. membolehkan pembelajaran bersendiri membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid. memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. meningkat kemahiran ICT.

Syarat untuk guna ICT

Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam p&p, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian: Penggunaan ICT dalam p&p dirancang dengan baik, bukan secara “bidan terjun”atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan p&p. Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran.

Cara mengaplikasi ICT dalam p&p sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan

Meliputi pengetahuan tentang langkah-langkah keselamatan dan peraturan penggunaan kemudahan komputer serta kemahiran asas pengendalian komputer dan Operating System, asas perisian pemproses kata dan grafik.

Menggunakan ICT Dalam P&P

Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu :

Aspek pengajaran (guru mengguna ICT)

Aspek pembelajaran (murid mengguna ICT)

Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai:

Tutorial

Penerokaan

Aplikasi

Komunikasi

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

 

Sumber rujukan :

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Unit Komputer Dalam Pendidikan

Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia

http://kdp.ppk.kpm.my

 

 

PANDUAN ICT ONLINE

 
 
 
 
 
 

 

 

LAMAN UTAMA

 

 

Hakcipta © 2008 anuar2u.com / hubungi 019-7764359

PENAFIAN:
KAMI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.