PERISIAN KOMPUTER

 

PERISIAN YANG MESTI PASANG...
 
7 ZIP

Banyak fail yang dimuat turun di Internet adalah digabung dan dimampatkan dengan format fail zip. Ada pelbagai perisian yang boleh digunakan antaranya Winzip dan Zip Central. 7-Zip adalah perisian sumber terbuka yang dapat menggantikan perisian yang lain sejenisnya. Ia menyokong pelbagai format seperti 7z, ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP, BZIP2, TAR, CPIO, RPM and DEB.
 
Spybot Search & Destroy
perisian yang memastikan komputer kita terhindar dari ancaman seperti spyware dan sebagainya
Foxit Reader
 
Perisian membaca fail pdf. Fungsi sama seperti Adobe Reader tapi lebih ringan dan cepat untuk paparkan fail PDF..
 
PDF CREATOR
Paling mudah nak create PDF file. Word ke PDF, PowerPoint ke PDF, atau apa apa aplikasi asalkan boleh PRINT. Tak perlu susah susah design dengan pagemaker, acrobat pro...
 

K-Lite Codec Pack

Berfungsi sebagai player Video komputer kita. Kelebihannya ialah ia boleh memainkan pelbagai format video yang tidak boleh dibuka oleh perisian lain..
Ccleaner
Untuk membersihkan sampah-sampah yang apa pada komputer anda,juga berfungsi sebagai unistall program dan membaiki registry sistem komputer anda
 
Bywifi Video Downloader
Perisian percuma untuk download video dan mempercepatkan aliran video. Sesuai untuk download video dari pelbagai sumber seperti youtube dan sebagainya. Video akan dimuat turun secara automatik..
 
WINAMP
Perisian percuma yang membolehkan kita mendengar mp3,wma dan sebagainya
 
FASTSTONE
Perisian paparan imej yang pantas, mesra pengguna dengan pelbagai fungsi edit, effect dan sebagainya. Sangat disarankan untuk anda...
 
Orbit Downloader
Perisian download yang boleh dipercayai, pantas dan mesra alam...? entah. Tapi memang baik untuk PC anda..
 
Smart Defrag
Smart Defrag membantu mendefrag hard disk anda untuk menjadi lebih efisyen dan pantas. Didakwa sebagai perisian terbaik setakat ni..
 
Advanced SystemCare
Perisian percuma yang hebat untuk melajukan sistem PC anda. Memastikan PC sentiasa bersih, segar dan pantas dalam melaksanakan tugas. Cubalah kalau nak merasainya..
 
Total Video Converter
Perisian yang boleh menukar pelbagai format video ke format yang kita kehendaki.
 
MP3 RECORDER
Perisian ini memudahkan kita membuat rakaman audio dalam format mp3 tanpa had masa . Mesti cuba..!!
 
HTTRACK WEBSITE COPIER
Perisian yang mampu menyalin keseluruhan laman web ke dalam PC dan boleh dilayari semula secara offline!
 
VCD CUTTER
Perisian untuk meyunting dan memotong klip video. Kaedahnya sangat mudah dan berkesan..
 
REAL PLAYER SP
Perisian serbaguna ni banyak fungsinya. Ia boleh memainkan pelbagai format video, memuat turun video dari youtube, convert fail flv ke pelbagai format seperti wmv, mp3 dan sebagainya. Sangat dicadangkan untuk memasangnya ke PC anda.
 
LAMAN PERISIAN PC
 

 

 

 

LAMAN UTAMA

 

 

Hakcipta © 2008 anuar2u.com / hubungi 019-7764359

PENAFIAN:
KAMI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.