
"SATU RUMAH SATU SET TAYAMMUM"
Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu. Tayammum adalah sebagai gantian wuduk atau mandi wajib, khususnya bagi mereka yang tidak dapat menggunakan air kerana sebab-sebab tertentu iaitu :
- Uzur kerana sakit
Jika dia menggunakan air sakitnya bertambah teruk atau lambat sembuhnya berdasarkan kepada keterangan doktor atau tidak mampu ke tempat sumber air untuk berwuduk.
- Kerana uzur
Dalam perjalanan/musafir.
- Tiada air
Tiada air atau ada air cukup untuk minum sahaja
Kelebihan Produk
- Mendapat pengiktirafan dan sokongan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Kaedah yang sah dari segi syarak dan penggunaan debu tanah yang suci.
- Penggunaan debu tanah 100% seperti yang dikehendaki oleh syarak, tiada campuran bahan-bahan lain – sampel disahkan oleh SIRIM (Report no. CER07138).
- Sampel debu tanah disahkan bebas dari bakteria yang merbahaya oleh SIRIM (Report no. 2007KL0007).
- Rekabentuk unik dengan sebesar dua tapak tangan dan boleh dibuka dan ditutup seperti komputer riba – dipatenkan (Paten no. PI20064718 & PI20070912)
- Tidak mencemarkan persekitaran dan ‘userfriendly'.
- Praktikal, senang di bawa ke mana-mana dan mudah digunakan – hanya buka kotak, tepuk dan tutup semula.
- Panduan disediakan (VCD & Pamplet)


Laman Utama
|