| Anak YatimKanak-kanak yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya
 
 Amalan Zahir
 Amalan yang boleh dilihat, didengar, dirasa dan disentuh 
                          oleh pancaindera
 Al-UluhiyatMentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan
 Al-AminGelaran yang diberikan kepada nabi Muhammad S.A.W oleh 
                          orang Quraish kerana kejujuran Baginda.
 Alam SyahadahSetiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhatikan 
                          dan dikaji oleh pancaindera
 AkidahKepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan 
                          Allah serta sifat-sifat kesempurnaan berdasarkan dalil-dalil 
                          naqli dan aqli
 AdabTingkah laku atau tutur kata yang halus dan bersopan.
 An-NubuwatPerutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran 
                          Allah untuk disampaikan kepada umat manusia
 Ansar Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan banyak 
                          membantu Rsulullah dan para sahabat
 Arak Minuman yang beralkohol dan memabukkan
 Ar-RububiyatMentauhidkan Allah sebagai pencipta, pemilik dan penguasa
 As-Sam’iyatPerkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh 
                          pancaindera manusia
 As-SiddiqGelaran yang diberikan kepada Saidina Abu Bakar kerana 
                          yakin dan membenarkan apa yang dikatakan dan dilakukan 
                          oleh Rasulullah S.A.W semasa peristiwa Isra' Mi'raj.
 AuratBahagian anggota badan manusia yang wajib ditutup menurut 
                          syara’
 
 Bai’ah
 Perjanjian menyokong dan restu
 Bala’Kemurkaan Allah dalam bentuk bencana dan kehancuran.
 BalighSeseorang yang telah mencapai umur 15 tahun (lelaki) 
                          11 tahun (perempuan) atau telah keluar air mani atau 
                          haid.
 
 Bani Isra’il
 Perkataan yang digunakan untuk keturunan Nabi Yaakub 
                          yang terkenal dengan bangsa Yahudi
 BerakalOrang yang boleh berfikir secara waras dan sempurna. 
                          (tidak gila atau safih)
 BermukimOrang yang berniat tinggal di suatu tempat untuk suatu 
                          tempoh tertentu
 
 Bersuci
 Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada hadas 
                          dan najis.
 
 Dakwah
 Menyampaikan seruan Islam
 Dalil AqliKeterangan atau bukti tentang sesuatu kebenaran berdasarkan 
                          pemikiran yang waras
 Dalil NaqliKeterangan atau bukti tentang sesuatu kebenaran berdasarkan 
                          al-Quran atau Hadis
 DoaMemohon kepada Allah sesuatu yang diharuskan oleh syara’
 EhsanKesungguhan, ketekunan, keikhlasan dalam melakukan ibadat 
                          atau sesuatu
 pekerjaan semata-mata kerana Allah
  Fardu AinPerkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam
 Fardu KifayahPerkara yang wajib dilakukan oleh sekurang-kurangnya 
                          seorang/sebahagian anggota masyarakat
 FitrahSifat semula jadi sama ada bakat, pembawaan, perasaan, 
                          keagamaan, dan lain-lain
 Hadas BesarKeadaan yang menyebabkan seseorang diwajibkan mandi 
                          wajib
 Hadas KecilKeadaan seorang yang tidak berwudhu’
 HadisSetiap ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat 
                          yang disandarkan kepada Rasulullah
 HaidDarah yang keluar daripada perempuan yang telah baligh
 HasadDengki dan iri hati sama ada untuk kebaikan 
                          diri atau untuk menjatuhkan orang lain
 HijrahPerpindahan Rasulullah dan umat Islam dari 
                          Mekah ke Madinah
 IktikafBerada dalam masjid dengan niat beribadah kepada 
                          Allah
 ImanMengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati, 
                          dan mengamalkan dengan
 anggota segala perkara yang diperintahkan oleh Allah
 IslamMenyerah diri kepada Allah, tunduk dan patuh 
                          kepada perintahNya dan
 membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh Rasul.
 Isra’ilGelaran kepada Nabi Yaakub
 IstihadhahDarah penyakit yang keluar daripada rahim perempuan 
                          bukan pada waktu haidh
 Istinjak’Perbuatan membersihkan qubul dan dubur, selepas 
                          membuang najis (air kecil dan Besar) dengan menggunakan 
                          alat-alat beristinja’
 IstiqamahMelalukan sesuatu pekerjaan berterusan dan tidak jemu 
                          berusaha
 JahiliyahMasyarakat yang tidak menyembah Allah atau melakukan 
                          budaya cara hidup yang bertentangan dengan syariat Islam 
                          sesat daripada agama samawi
 JihadPerjuangan menegakkan agama Allah
 JudiPermainan mempertaruhkan sesuatu sebagai taruhan 
                          seperti wang, harta dan sebagainya.
 Kaum KerabatSaudara mara terdekat
 
 Keredaan
 Restu dan kasih
 
 Khatib
 Orang yang menyampaikan ucapan dan syarahan.
 
 Khusyuk
 Tunduk atau merendah diri dengan menumpukan 
                          sepenuh perhatian dan menenangkan hati dan anggota semata-mata 
                          kerana Allah.
 
 Khutbah Jumaat
 Ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh 
                          khatib lelaki sebelum solat Jumaat yang mengandungi 
                          nasihat, peringatan dan pengajaran
 
 Laknat
 Kemurkaan dan kebencian.
 
 Makanan Halal
 Makanan yang baik untuk kesihatan, jasmani, 
                          dan rohani menurut Islam.
 
 Makanan Haram
 Makanan yang memudaratkan kesihatan, jasmani, 
                          dan rohani menurut Islam.
 Makmum MasbuqMakmum yang tidak sempat rukuk bersama-sama imam, rakaatnya 
                          tidak dikira.
 
 Makmum Muafiq
 Makmum yang sempat sekurang-kurangnya rukuk 
                          bersama-sama imam. Rakaatnya dikira sebagai satu rakaat.
 
 Maksiat
 Kemungkaran dan kejahatan.
 
 Maksiat luar tabie’
 Kemungkaran yang bertentangan dengan tabiat semula jadi 
                          manusia.
 
 Malaikat
 Makhluk Allah yang dijadikan dari cahaya, tidak 
                          jasad, tidak berjantina dan sentiasa taat perintah Allah.
 
 Mandi
 Perbuatan meratakan air mutlak ke seluruh anggota 
                          badan dan disertai dengan niat.
 
 Mastautin
 Orang yang tinggal tetap di suatu tempat
 
 Masyarakat badawi
 Masyarakat Arab yang tinggal di luar Bandar 
                          dan sering berpindah randah.
 
 Masyarakat Hadhari
 Masyarakat Arab yang menetap di Bandar.
 
 Muhajirin
 Pengikut dan para sahabat Rasulullah S.A.W. 
                          yang berpindah dari Mekah ke Madinah semasa peristiwa 
                          hijrah.
 
 Mukalaf
 Orang yang telah baligh dan berakal serta bertanggungjawab 
                          melakukan perintah Allah.
 
 Mukmin
 Orang yang percaya dan yakin kepada kewujudan Allah 
                          dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
 MusafirOrang yang dalam perjalanan jauh lebih dari 
                          2 marhalah.
 
 Muslim
 Orang yang percaya dan taat dengan ajaran yang 
                          dibawa oleh Rasulullah.
 NajisKotoran yang menyebabkan tidak sah solat dan 
                          ibadat-ibadat lain.
 
 Nifas
 Darah yang keluar dari kemaluan perempuan selepas melahirkan 
                          anak.
 
 Orang Miskin
 Orang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan 
                          tetapi tidak mencukupi untuk menyara diri dan keluarga.
 
 Perkara Ghaib
 Perkara yang tidak difikirkan oleh akal manusia 
                          seperti alam roh, barzakh, dan lain-lain.
 
 Rasul
 Lelaki pilihan Allah yang diutuskan dan dikurniakan 
                          wahyu untuk disampaikan kepada umat manusia.
 
 Samak
 Menyucikan kulit binatang selain daripada kulit 
                          anjing dan babi dengan cara tertentu.
 
 Sayidul Ayyam
 Penghulu segala hari atau gelaran kepada hari 
                          Jumaat.
 
 Sertu
 Menyucikan anggota, pakaian, tempat yang terkena 
                          anjing dan babi dengan
 menggunakan sekali air tanah dan 6 kali air mutlak.
 
 Solat
 Perbuatan yang terdiri daripada beberapa perbuatan 
                          tertentu, dan bacaan yang tertentu, yang dimulai dengan 
                          takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.
 
 Solat Berjemaah
 Solat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih 
                          secara berkumpulan terdiri daripada imam dan makmum.
 
 Solat Jumaat
 Solat dua rakaat menggantikan solat fardhu 
                          zuhur pada hari Jumaat yang didahului dengan 2 khutbah 
                          dengan syarat-syarat tertentu.
 
 Solat Sunat Rawatib
 Solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum 
                          atau selepas solat fardhu.
 
 Solat sunat takhiyatul masjid
 Solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik sahaja 
                          seseorang itu masuk ke dalam masjid
 
 Syahid
 Mati kerana menegakkan agama Allah.
 
 Syiar Islam
 Lambang, tanda, alamat keagungan Islam.
 
 Taa’ziah
 Ucapan simpati atas kesedihan kerana ditimpa 
                          musibah.
 
 Taghut
 Syaitan, berhala, atau apa-apa sahaja kepercayaan 
                          dan amalan yang menyesatkan.
 
 Tahniah
 Ucapan atas kejayaan seseorang.
 
 Takwa
 Mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara 
                          yang dimurkai oleh Allah dengan mengerjakan segala suruhan 
                          dan menjauhi larangannya.
 
 Tayamum
 Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua 
                          belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu 
                          disertai dengan niat.
 
 Wiladah
 Melahirkan anak.
 
 Wudhu’
 Perbuatan membasuh atau menyapu air ke anggota badan 
                          tertentu dengan syarat-syarat
 tertentu dimulai dengan niat kerana Allah.
 |