| Pendidikan 
                          Islam Tingkatan 3A || B 
                          || C || D || E 
                          || F || G || H 
                          || I || J || K 
                          || L || M || N 
                          || O || P || Q 
                          || R || S || T 
                          || U || V || W || 
                          X || Y || Z ::
  Adat JahiliyahPeraturan yang sudah diamalkan turun temurun 
                          sebelum kedatangan Islam.
 
 Af’alul Ibad
 Perbuatan yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah.
 Af’alul IdtiroriahPerbuatan yang lahir luar daripada kehendak dan kemampuan 
                          dan usaha manusia.
 Af’alul IikhtiariahPerbuatan yang lahir daripada kehendak dan 
                          pilihan usaha hamba itu sendiri.
 AfdhalSesuatu yang lebih baik.
 AkhiratAlam yang hanya wujud selepas berlakunya hari 
                          kiamat
 AkibatKesan buruk
 Al-Akhirat Hari akhirat.
 Alam BarzakhAlam kubur/ alam perantaraan diantara alam 
                          dunia dan alam akhirat/ tempat berehat untuk orang yang 
                          soleh sementara menunggu tiupan sangkakala untuk hari 
                          kiamat.
 Al-AminYang jujur.
 Al-HawariyunPengikut Nabi Isa a.s.
 Al-MizanTimbangan / Timbangan/neraca yang digunakan pada hari 
                          kiamat untuk menentukan balasan seseorang makhluk.
 Al-QuraanWahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad 
                          S.A.W yang kini telah ditulis dan dibukukan.
 Membacanya merupakan suatu Ibadah.
 Amalan fardhuAmalan yang wajib dikerjakan.
 Amalan sunatAmalan berpahala kalau diamalkan.
 AmanahJujur dalam melaksanakan sesuatu tugasan/ tanggungjawab.
 AmilYang diberikan kuasa untuk memungut zakat dan mengagihkannya 
                          kepada yang berhak (asnaf).
 Anak SolehAnak yang taat dan patuh kepada perintah agama 
                          dan ibubapa.
 Anbia’Para nabi.
 Ansar Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan banyak 
                          membantu perjuangan.
 Anugerah : Pemberian yang tinggi dan besar nilainya.
 Asnaf : Golongan yang berhak menerima zakat.
 As-Siddiq : Orang yang bercakap benar.
 As-Sirat : Jalan/titian yang merentasi di atas neraka menuju ke 
                          syurga.
 As-Sunah/Sunnah NabiSetiap pengakuan, percakapan dan perbuatan yang disandarkan 
                          kepada nabi Muhammad S.A.W
 
 Atmosfera
 Lapisan udara, ruang di antara bumi dan bulan.
 AuliakPara wali.
 Azab Siksa atau pembalasan yang diterima selepas kematian 
                          akibat dosa yang dilakukannya.
 Az-zarubu’/al-ithmu/as-sayiah/al- isyanDosa/keburukan
 BaitulmalInstitusi kewangan islam/yang menguruskan sistem 
                          kewangan Islam. Berbai’ah : Berjanji taat setia.
 Baiyatu ar-Ridhwan/as-SyajarahJanji setia yang dilakukan oleh para sahabat bagi menuntut 
                          bela atas kematian Saydina Osman dengan berikrar berperang 
                          sehingga ke titisan darah yang terakhir yang berlangsung 
                          di bawah sepohon pokok.
 
 Baladah
 Bodoh.
 BashariahSifat kemanusiaan.
 BasmalahSingkatan Bismilillahirahmnirahim
 BerkatKurniaan dan rahmat Allah yang mendatangkan 
                          kebaikan.
 BermukimTinggal menetap di suatu tempat melebihi 3 
                          hari atau suatu tempoh yang tertentu.
 CukaiBayaran yang dikenakan oleh pemerintah kepada penduduk, 
                          dan syarikat untuk kegunaan perbelanjaan Negara.
 Cukup HaulCukup tempoh /genap setahun calendar hijrah.
 Cukup NisabCukup had minima yang ditetapkan.
 DajjalMakhluk yang merosakkan umat manusia, aqidah 
                          dan membuat kerosakan dimuka bumi.
 Dakwah  : Seruan Islam / Kegiatan menyeru dan membimbing kea rah 
                          perkara yang baik dan meninggalkan kejahatan/ kemungkaran.
 DalilBukti /hujah
 Dalil AqliDalill yang terhasil dari pemikiran akal yang sempurna.
 Dalil NaqliBukti yang diambil dari al-Quran atau Hadith
 DiplomasiKecekapan atau kebolehan mengurus perhubungan rasmi 
                          antara satu pihak dengan pihak lain.
 DosaBalasan buruk yang akan menjanjikan azab siksa kepada 
                          Hambanya yang yang tidak mematuhi perintah atau melanggar 
                          larangannya
 Fadhu AinPerkara yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim
 FakirOrang yang tiada pendapatan, atau berpendapatan tetapi 
                          tidak memenuhi walaupun separuh keperluan dirinya atau 
                          orang yang dibawah tanggungannya.
  Fardhu KifayahPerkara yang wajib dilakukan tetapi memadai 
                          jika dilakukan oleh sekurang- kurangnya seorang
 Fasik Orang yang membiasakan diri dengan dosa-dosa.
 
 Fatanah
 Cerdik /bijaksana
 FatwaKeputusan agama atau hukum yang dikeluarkan oleh sekumpulan 
                          ulama mengenai sesuatu masalah.
 Fi SabilillahOrang berjuang menegakkan agama Islam atau berdakwah.
 GhaibPerkara /sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan 
                          mata kasar manusia biasa.
 GhariminOrang yang berhutang untuk keperluan asas dirinya 
                          dan keluarganya atau untuk kepentingan orang ramai dan 
                          tidak mampu membayarnya.
 Hadis al-IfkPeristiwa Abdullah ibnu Ubai memfitnah saydatina 
                          Aisyah berkhalwat dengan Safwan ibnu al-Muattal as- 
                          Sulami.
 HambaHamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk 
                          menebus diri untuk untuk dimerdekakan.
 Hari KiamatHari pembalasan, setiap makhluk menunggu giliran 
                          untuk dihisab dan menerima pembalasan setimpal dengan 
                          amalannya di dunia .nama lain bagi hari kiamat ialah, 
                          al- hasyr, al-ghashiah, as-sa’ah, al-waqiah,al-wa’du,al- 
                          haqah,al-qari’ah,at-tanad, al-fasl, ad-din,an-nusyur.
 HauqalahMelafazkan “la haula wala quata illa 
                          billah”
 HidayahPetunjuk kearah kebenaran yang dianugerahkan 
                          oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki.
 HikmahBijaksana.
 Humaira’Putih kemerah-merahan (merah jambu)/ gelaran yang diberikan 
                          kepada Saydatina Aisyah r.a.
 Ibnu SabilOrang yang bermusafir dan terputus bekalan/ 
                          kehabisannya. Muallaf : Orang yang baru memeluk Islam/masih 
                          lemah imannya.
 IftirashDuduk seperti duduk antara dua sujud atau keadaan 
                          yang termampu.
 Ihsan: Melakukan amalah baik dan tidak bercanggah dengan syara’ 
                          / Kemurahan hati.
 
 Ikhlas
 Hati yang bersih dan jujur
 IkhtiarUsaha manusia untuk melaksanakan sesuatu mengikut 
                          kehendaknya bagi mencapai sesuatu matlamat.
 IltizamMelakukan sesuatu dengan keazaman yang tinggi dan berterusan.
 ImanMengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati, 
                          dan mengamalkan dengan anggota segala perkara yang diperintahkan 
                          oleh Allah
 Insaf Memahami sesuatu perkara sehingga memperolehi kesedaran.
 IrhasPerkara yang diluar logik pemikiran manusia/ kejadian 
                          luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang 
                          yang akan dilantik menjadi rasul bagi menarik perhatian 
                          bakal umatnya
 Ismah/maksumTerpelihara dari melakukan sebarang dosa kecil 
                          dan besar.
 Isra’Perjalanan nabi dari masjidil haram ke masjidil Aqsa.
 IstighfarMemohon keampunan.
 JidalBerhujah/ berdebat.
 JihadPerang suci menentang orang-orang kafir kerana 
                          mempertahankan agama islam/ Semangat juang yang tinggi 
                          demi mempertahankan agama Islam.
  JudiPertaruhan
 KafirOrang yang tidak beriman kepada Allah dan ingkar samaada 
                          pada hati, percakapan dan perbuatan.
 KaifiatCara melakukan sesuatu dengan cara yang tertentu.
 KalimullahNabi yang berpeluang berbual secara langsung 
                          dengan Allah.
 KaramahPerkara yang diluar logik pemikiran manusia/ 
                          kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada 
                          orang yang soleh.
 KazibBohong/ dusta.
 
 Kematian
 Perpisahan sementara tubuh manusia dan jasadnya 
                          dengan ruhnya.
 KeupayaanKesanggupan/ kebolehan untuk melakukan sesuatu.
 KhadamHamba atau orang suruhan.
 KhalilullahKekasih Allah.
 Khatamul anbiya’Nabi terakhir.
 KhatibOrang yang menyampaikan khutbah.
 KhianatLawan amanah, tidak jujur tidak melakukan tugasan 
                          yang diberikan/ tidak bertanggungjawab/ pecah amanah.
 Khurafat  Kolot/ karut
 KhusyukDengan penuh tumpuan, sepenuh hati ketika melakukan 
                          sesuatu.
 Khutbah JumaatMemberikan nasihat mengenai ajaran Islam yang 
                          disampaikan dalam bentuk syarahan pada waktu Zohor Fardhu 
                          Jumaat. hari Jumaat sebelum menunaikan
 
 Kitab AllahWahyu Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya 
                          untuk disampaikan kepada umatnya.
 Klasifikasi Mengkelaskan/ mengasingkan/membahagikan.
 
 Kordinasi
 Sesuatu perkembangan /kedudukan.
 KufurSikap mengingkari perintah Allah.
 LiwatHomoseks /memasukkan kemaluan lelaki ke dubur.
 Ma’athurBerkesan.
 MaharMas kahwin atau pemberian wajib daripada suami 
                          kepada isteri samaada berbentuk wang, atau sesuatu yang 
                          bernilai selepas akad nikah.
 MahmudahYang terpuji
 
 Mahsyar
 Tempat perhimpunan manusia pada hari kiamat 
                          untuk menunggu dihisab amalannya.
 
 Maksiat
 Setiap perbuatan yang melanggar perintah dan 
                          larangan Allah
 MalaikatMakhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya, 
                          tidak berjisim, sentiasa patuh kepada perintah Allah.
 Maruah diri : Kehormatan diri/ harga 
                          diri.  Mau’izoh HasanahNasihat yang baik.
 MaunahBantuan yang diberikan oleh Allah kepada orang 
                          yang beriman.
 MazmumahPerkara /perbuatan buruk yang mengakibatkan 
                          dosa
 MazmumahYang tercela.
 MikrajPerjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.
 MiskinOrang yang berpendapatan, atau ada pekerjaan 
                          tetapi tidak memenuhi /mencukupi untuk keperluan dirinya 
                          atau orang yang dibawah tanggungannya.
 Muhajirin : Pengikut Rasulullah S.A.W. yang berpindah dari Mekah 
                          ke Madinah.
 MukallafOrang yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan 
                          tuntutan syarak.
 Mukjizat HissiMukjizat yang hanya dapat dirasai dengan pancaindera.
 Mukjizat MaknawiMukjizat yang diketahui keluarbiasaanya biasanya 
                          menggunakan kekuatan akal fikiran. Contoh :al -Quran
 MukjizatPerkara yang diluar logik pemikiran manusia/ 
                          kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada 
                          nabi/rasulNya.
 MukminOrang yang beriman.
 MunafikOrang yang menzahirkan keimanannya sedangkan 
                          dihatinya benci dan kufur.
 MunajatMemohon sesuatu yang baik atau menolak keburukan 
                          dari Allah.
 MurtadKeluar dari agama Islam.
 MusafirOrang yang sedang dalam perjalanan melebihi 
                          2 marhalah (90 km) dengan niat yang baik.
 MusibahBencana, kecelakaan atau malapetaka.
 MusibahMalapetaka/bencana.
 NabiSeorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan 
                          wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya sahaja 
                          dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada 
                          umatnya.
 NajullahNabi yang diselamatkan oleh Allah
 NerakaTempat dimana orang yang kufur dan tidak beriman 
                          akan mendapat balasan azab dan siksaan atas kekufuran 
                          dan keingkaran mereka di dunia.
 Neraka/An-NarTempat balasan siksa yang dijanjikan oleh Allah kepada 
                          hambaNya yang ingkar dan kafir kepada perintahnya dan 
                          pelaku dosa. Nama lain bagi neraka jahanam, sair, lazzo, 
                          saqar,jahim, hawiyah, hutomah
 Nikmat Kesenangan.
 Padang mahsyarTempat perhimpunan semua manusia /makhluk selepas dihidupkan 
                          semula untuk menanti giliran dihisab dan menunggu balasan.
 PahalaBalasan baik yang akan menjanjikan nikmat kepada 
                          hambanya yang yang mematuhi perintah atau tidak melanggar 
                          larangannya
 Perjanjian HudaibiyahPerjanjian damai yang membawa kepada gencatan 
                          senjata antara umat Islam dengan kaum Quraish yang berlaku 
                          di tempat yang bernama “Hudaibiyah”.
 Piagam Madinah/ Sahifah MadinahPerlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama oleh 
                          semua golongan yang terdiri daripada orang Islam dan 
                          Yahudi di Madinah.
 Qada’ mualaqKetentuan Allah terhadap sesuatu perkara sesuai 
                          dengan usaha dan ikhtiar manusia/makhluk.
 Qada’ mubramSesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan tidak akan 
                          berubah.
 Qada’Hukum/ketentuan/penyempurnaan sesuatu/ ketentuan Allah 
                          sejak azali terhadap semua makhluk.
 QadarMenentukan kadar sesuatu perkara / pelaksanaan 
                          sesuatu perkara mengikut masa dan kadar yang telah ditentukan 
                          sejak azali oleh Allah.
 QanaahBerpada-pada, berpuas hati, dan redha atas 
                          apa yang dikurniakan oleh Allah disamping tidak berputus 
                          asa berusaha.
 QiamulailBerjaga pada waktu malam untuk beribadat.
 Rahmah/rahmatBelas kasihan.
 RasuahSogokan yang berupa harta, wang ringgit, hadiah, 
                          habuan untuk mendapatkan sesuatu yang tidak diperolehi, 
                          sukar diperolehi melalui jalan mudah
 Rasul Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan 
                          Wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya dan diperintahkan 
                          untuk menyampaikannya kepada umatnya.
 RaudhahTempat diantara makam nabi dengan mimbar nabi 
                          di masjid Nabawi di Madinah (salah satu dari taman-taman 
                          syurga).
 RedhaRela.
 
 Riba’
 Interest/bunga atau bayaran yang melebihi jumlah yang 
                          dipinjam.
 Rikkaz
 Harta yang dijumpai/ harta yang tertanam/ harta 
                          karun.
 RukhsahHukum hakam yang disyariatkan oleh Islam untuk 
                          meringankan orang yang diwajibkan (mukalaf) dalam keadaan 
                          tertentu.
 RukyahMenetapkan tarikh awal Ramadan atau Syawal 
                          atau Zulhijah dengan melihat anak bulan.
 Sahabat RasulullahOrang yang hidup dan memeluk Islam pada zaman Rasulullah 
                          s.a.w.
   SahifahLembaran /perjanjian bertulis.
 Sam’iyatPerkara ghaib atau yang belum berlaku yang dikhabarkan 
                          melalui al-Quran dan Hadith.
 
 Sayidatu Nisa’al-aalaminKetua wanita di dunia dan akhirat.
 Sayidul MursalinPenghulu para rasul.
 
 Sayidus syabab ahli al-jannahKetua Pemuda ahli syurga.
 SedekahBantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan 
                          samaada dalam bentuk harta atau bantuan dan sebagainya.
 Sempurna milik : Berkuasa penuh keatas sesuatu harta samaada untuk menjual, 
                          memberi dsb tanpa sebarang sekatan.
 SesatTidak mengikut jalan yang benar/lurus.
 SidquBenar.
 SihirPerkara yang diluar logik pemikiran manusia/ 
                          kejadian luar biasa yang dipelajari oleh manusia kerana 
                          dorongan hawa nafsu untuk melakukan kejahatan dengan 
                          bantuan jin, iblis dan syaitan.
 Silatur RahimIkatan persaudaraan.
 
 Silaturrahim
 Hubungan persaudaraan
 Solat ketika sakitMenunaikan ibadat solat mengikut keupayaan 
                          disebabkan kesakitan yang menghalang daripada melakukannya 
                          secara biasa.
 Solat Sunat HajatSembahyang yang ditunaikan untuk kita memohon 
                          sesuatu hajat kepada Allah samaada ingin mendapat sesuatu 
                          kebaikan atau menolak keburukkan.
 Solat Sunat TahajudSolat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur 
                          pada waktu malam.
 
 Solat Rawatib
 Sembahyang sunat dua rakaat yang dilakukan 
                          mengiringi solat fardhu iaitu sebelum dan selepasnya.
 Soleh/solihin Orang yang taat kepada setiap perintah Allah.
 Sunat muakkadSunat yang sangat dituntut.
 Syafaah Pertolongan Rasulullah /bantuan untuk mendapatkan rahmat 
                          Allah.
 SyafaatPertolongan untuk menyampaikan permohonan (kepada 
                          Allah).
 SyahidOrang yang mati kerana agama Islam/ mati dalam 
                          perang sabil kerana mempertahankan agama Islam.
 Syariat Hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Islam.
 SyariatHukum agama.
   SyirikMenduakan/menyekutukan Allah.
 SyurgaTempat dimana orang yang beriman dan soleh 
                          akan mendapat balasan nikmat dan anugerah atas ketaatan 
                          mereka di dunia.
 Syurga/ al-jannahTaman yang permai indah dan dipenuhi dengan 
                          berbagai nikmat dan keselesaan sebagai balasan kepada 
                          hamba Allah yang patuh dan taat kepada perintahnya. 
                          Nama- nama bagi syurga seperti an-naim, adnin, makwa, 
                          firdaus, makamun-amin, al-khulud dan as-salam.
 TablighMenyampaikan.
 TahlilMelafazkan kalimah “la ilaha illa Allah” 
                          berulang-ulang kali/memuji Allah
 TahmidMemuji Allah/ berzikir.
 TakaburSombong/ bongkak.
 TakbirMengagungkan Allah/ memuliakan Allah.
   TalaqiMembaca/ belajar secara berhadapan dengan guru.
 Tamadun  Kehidupan masyarakat manusia yang bercirikan kemajuan.
 
 Tasbih  Mengucapkan “subhanallah”
 Taubat NasuhaPenyesalan yang sebenar-benarnya atas dosa 
                          yang telah dilakukan dan berazam tidak akan melakukannya 
                          lagi.
 TaubatMenyesali akan dosayang telah dilakukan dan 
                          berazam tidak mengulanginya lagi.
 TawadukRasa rendah diri.
 TawakalBerserah diri kepada Allah setelah berusaha.
 TawakalBerserah diri kepada Allah, setelah berusaha 
                          dan berikhtiar dengan bersungguh- sungguh.
 ToghutYang melampaui batasan
 UkhuwahPersaudaraan dalam Islam.
 Ulama’Orang yang berilmu.
 Ulul AzmiNabi-nabi yang tabah dan cekal hati, kuat keazaman 
                          dan amat sabar menempuhi pelbagai ujian dan cubaan dalam 
                          menegakkan agama Allah.
 Ummu abihaIbu kepada ayahnya.
 ZabihullahKorban Allah.
 Zakat FitrahMengeluarkan secupak makanan asasi sesebuah 
                          Negara dengan kadar tertentu yang diberikan kepada orang 
                          yang tertentu dengan syarat tertentu.
 Zakat HartaMengeluarkan sebahagian harta tertentu pada 
                          kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu bertujuan 
                          untuk diberikan kepada asnaf yang berhak.
 |