Pendidikan
Islam Tingkatan 5
A || B
|| C || D || E
|| F || G || H
|| I || J || K
|| L || M || N
|| O || P || Q
|| R || S || T
|| U || V || W ||
X || Y || Z ::
Ahli Sunnah Wal
Jemaah
Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al Quran, Sunnah
Rasulullah SAW. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat
baginda serta menentang perkara bida'ah.
Ahlul Bait
Kaum keluarga Rasulullah SAW.
Ajaran Sesat
Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai Islam sedangkan
pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Ajnabi
Lelaki atau perempuan yang halal dikahwini
dan batal wuduk jika tersentuh.
Akta
Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat.
Al -Quran
Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibril.
Al Wazir
Perdana menteri atau ketua pentadbir yang dibantu oleh
menteri-menteri dan jabatan- jabatan kerajaan.
Alam sekitar
Alam kejadian Allah yang terdapat banyak manfaat di
dalamnya seperti sumber makanan,untuk menegakkan Islam
akan mendapat keredaan Allah.
Al-A'rif
Koperal.
Al-Bahriyah
Bahagian Tentera Laut.
Amir
Laksamana.
Al-Qaidu
Panglima Perang.
Al-Butani
Tokoh Ilmu Falak (i) Menemui cara mengukur jarak antara
bumi dan matahari (ii) Membuat jadual pergerakan bulan
dan bintang.
Al-Dawawin
Jabatan-jabatan kerajaan.
Al-Jawasis/Al-Auyun
Bahagian Perisikan.
Al-Khalifah
Ketua Negara atau pemimpin tertinggi dalam
wilayah-wilayah Islam
Al-Kharaj
Cukai tanah milik orang bukan Islam.
Al-Masahun
Bahagian Peninjau.
Al-Murtaziqah
Pasukan Bergaji Tetap.
Al-Mutatawwi'
Pasukan Sukarelawan.
Al-Naqib
Kapten.
Amar ma'ruf
Menyeru / menyuruh melakukan kebaikan.
Anak angkat
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.
Asmaul Husna
Nama-nama Allah yang indah (99 nama).
As-Salafus Soleh
Para ulama solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah
iaitu para sahabat tabi'en dan atba al-tabi'en.
Aurat
Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib
ditutup.
Azali
Sejak dahulu kala/sejak permulaan zaman.
Baitul Hikmah
Perpustakaan terulung di Baghdad pada zaman Abbasiyah
dibina oleh khalifah Harun Al-Ras yid.
Baitul Mal
Institusi Kewangan terbesar Negara.
Daerah al-Muhandisun
Bahagian Kejuruteraan.
Dakwah
Menyeru seseorang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Diwan al-Aradh
Depot Simpanan.
Diwan al-Azimah
Jabatan Audit Negara.
Diwan al-Barid
Jabatan Pos.
Diwan al-Jund
Kementerian Pertahanan.
Diwan al-Kharaj
Jabatan Hasil.
Diwan al-Mazalim
Mahkamah Tinggi Rayuan.
Diwan al-Nafaqah
Jabatan Kewangan.
Diwan al-Tasnif
Bahagian Sumber Manusia.
Diwan al-Usul
Jabatan Dalam Negeri.
Diwan al-Zimam
Jabatan Audit dan Kawalan.
Dosa
Balasan buruk bagi orang yang melakukan kejahatan/ melanggar
perintah Allah.
Enakmen
Rang Undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka.
Fardu Ain
Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam bagi
menyempurnakan kehidupan dunia dan akhirat seperti solat,
puasa dan membaca Al Quran.
Fardu Kifayah
Ilmu yang wajib dipelajari ole umat Islam dan kewajipan
tersebut gugur apabila sebahagian yang lain melakukannya
Fasakh
Bahasa : Batal.
Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa
Qadhi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa
akad nikah/disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam
rumah tangga.
Fasik
Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan
melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa
kecil.
Hadhanah
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum
mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Hadiah
Pemberian sebagai satu penghargaan , tanda
kasih sayang atau pujian.
Hassan bin Haitham
Tokoh Ilmu Fizik (i) Menghuraikan proses penglihatan
menerusi pembalikan cahaya pada retina.
As-Syarif Al-Idrisi
Tokoh Geografi (i) Menghasilkan peta dalam bentuk glob
yang pertama.
Hidayah
Petunjuk Allah.
Ibnu Sina
Tokoh Perubatan (i) Menghasilkan 116 buah buku perubatan
(ii) Karya terkenal "Qanun Fit Tibb".
Iddah
Bahasa : Tempoh,pengiraan.
Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib
dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.
Ijab
Lafaz yang diucapkan oleh Wali.
Ilmu berteraskan Akal
Ilmu Matematik, Falak,Kimia,Fizik,Geografi dan Perubatan.
Ilmu berteraskan wahyu
Ilmu Tafsir,Qiraat,Hadith,Feqah dan Tauhid.
Iman
Bahasa : Mengiktiraf , mengaku dan membenarkan
sesuatu tanpa mendustakan dari segi
Istilah : Membenarkan dengan hati , mengikrarkan dengan
lidah dan mengamalkan dengan anggota.
Infak
Membelanjakan harta pada jalan Allah.
Islam
Sejahtera dan damai.
Istilah
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain
yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan
perempuan melakukan persetubuhan.
Istiqamah
Berterusan dalam melakukan perkara kebaikan.
Jabir bin Hayyan
Tokoh Ilmu Kimia (i) Orang pertama menemui Asid Sulfurik
(ii) Menghasilkan 8 buah karya tentang Kimia.
Jihad
Bahasa : Usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan
kemampuan
Istilah : Usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan
menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam
akan mendapat keredaan Allah.
Kafir
Orang yang mengingkari salah satu daripada
prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran
dan Hadis.
Kemanisan Iman
Berasa gembira dalam melakukan ibadat ,sanggup menanggung
kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan Rasulnya
lebih daripada harta benda dunia.
Khawarij
Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang
Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.
Khuluk
Bahasa : Mencabut/menanggalkan.
Istilah : Penceraian antara suami isteri dengan bayaran
tertentu.
Lafaz Kinayah
Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan.
Lian
Bahasa : Laknat.
Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat
daripada Allah untuk menolak hukuman Qazaf disebabkan
tuduhan Zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab.
Madrasah al-Nizamiah
Pusat pengajian yang terkenal pada zaman Abbasiyah dibina
oleh salah seorang menteri berketurunan Saljuk iaitu
Nizam al-Mulk [ 485H/1092M ].
Mahar Misil
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar
saudara-saudara perempuan pihak isteri.
Mahar Musamma
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh
kedua-dua pihak.
Mahar
Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama
ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas
akad nikah.
Mahkamah Syariah
Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal (
harta ) dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut
bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak Negeri-negeri.
Mahram
Lelaki atau perempuan yang mempunyai ikatan
keturunan atau susuan.
Majlis al-Muqabalah
Bahagian Latihan.
Majlis al-Taqrir
Bahagian Kewangan.
Majlis Tahkim
Majlis perjanjian antara Muawiyah dan Sayidina Ali selepas
Perang Siffin.
Maksum
Terhindar dari melakukan dosa sama ada dosa
besar atau dosa kecil dan terhindar daripada menghidap
penyakit yang mengaibkan.
Maksum
Terpelihara daripada dosa.
Mansuh
Dibatalkan.
Meminang
Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan
untuk dijadikan isteri
Merisik
Langkah awal proses memilih calon yang sesuai serta
menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.
Mukjizat
Perkara luar biasa yang dianugerahkan kepada para Rasul
dan tidak boleh dipelajari.
Mukmin
Orang yang beriman dan taat kepada perintah Allah.
Mulhid
Orang yang tidak beragama [Atheis].
Munafik
(i) Orang yang melahirkan keimanan dan menyembunyikan
kekufuran di dalam hati.
(ii) Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan
kekufuran dalam hati.
Murtad
Orang yang keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan,
perbuatan atau iktikad.
Musafir
Mereka yang dalam perjalanan melebihi dua marhalah atau
90 km dengan tujuan baik.
Musaharah
Pertalian keluarga disebabkan perkahwinan.
Musyrik
Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan
sesuatu dengan Allah pada zat,sifat dan perbuatan.
Musyrikin
Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu
pada zat, sifat dan perbuatan.
Nafkah Batin
Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri
menurut syarak
Nafkah Zahir
Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang
sesuai, makanan, perubatan dan pakaian.
Nahi Mungkar
Mencegah/ menghalang perkara-perkara yang ditegah syarak
Nawafil
Amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan puasa dalam
bulan Syawal .
Negara
Kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu
dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Nusyuz
Bahasa : Derhaka/Ingkar.
Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap
suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.
Ordinan
Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan
Negeri .
Pahala
Ganjaran baik bagi orang yang melakukan kebaikan/taat
kepada perintah Allah.
Perkahwinan
Bahasa : Cantum atau himpun
Pemimpin
Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan
manusia atau sesebuah kerajaan.
Pencemaran bunyi
Bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.
Perkahwinan Mut'ah
Nikah sementara waktu atau nikah kontrak.
Poligami
Bahasa : Banyak isteri.
Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi
tidak lebih 4 orang pada satu masa.
Qabul
Lafaz jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami.
Qada'
Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah
yang azali.
Qadar
Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk.
Qanaah
Redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit.
Qat'i
Perkara yang diasaskan hukumnya kepada dalil dan hujahnya
tidak boleh diangkakan.
Qazaf
Menuduh perempuan baik melakukan zina.
Qiamullail
Bangun malam kerana melakukan ibadat.
Riak
Menunjuk-nunjuk.
Rujuk
Bahasa : Kembali.
Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah
diceraikan ke pangkuannya.
Rukhsah
Hukum-hukum yang disyariatkan bagi meringankan mukalaf
dalam keadaan-keadaan tertentu.
Sedekah
Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada
Allah.
Sekufu
Setaraf dari segi keturunan,pendidikan,pekerjaan dan
lain-lain.
Sohibu baitul Mal
Pengurus Perbendaharaan Negara.
Sorih
Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang.
Sujud Sahwi
Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat sebelum
memberi salam kerana menambah atau mengurangkan rukun
solat secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat Ab'ad
secara sengaja atau tidak sengaja.
Sujud Syukur
Sujud yang dilakukan di luar solat kerana mendapat nikmat
atau terlepas daripada bala.
Sujud Tilawah : Sujud yang dilakukan di luar atau dalam
solat setelah membaca atau mendengar ayat sejadah.
Suk Baghdad
Pasar yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi.
Suk Baqar
Ladang-ladang pertanian dan penternakan.
Syiah Batiniah
Pandangan mereka yang menganggap Al-Quran mempunyai
makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh
imam mereka.
Syiah Imamiah
Berpendapat jawatan pemimpin umat Islam [ Imam ] hanya
layak disandang oleh Ahlul Bait.
Syiah Isna Asyariyah
Syiah 12 [ gelaran bagi Syiah Imamiah ]
Syiah Zaidiah
Sempena pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin,
cicit kepada Ali in Abi Talib Karramallahu Wajhah.
Syiah
Golongan yang mendukung cita-cita untuk menjadikan
Sayidina Ali Karramal Allahu Wajhah sebagai khalifah
Rasulullah.
Takbur
Sombong/bongkak.
Talak Bain Kubra
Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini
semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin
dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.
Talak Bain Sugra
Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya
kecuali dengan akad dan mahar yang baru.
Talak Bid'i
Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan
isteri ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas
disetubuhi suaminya atau menceraikan talak 3 sekali
gus.
Talak Raj'ie
Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya.
Talak Sunni
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami
menceraikan isteri dengan talak satu/dua ketika isterinya
suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.
Talak Ta'lik
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.
Talak
Bahasa : Cerai atau melepaskan ikatan.
Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz
talak /cerai/yang mengandungi makna keduanya.
Taqiah
Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan
dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.
Taqqarub
Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Ibadat.
Taqwa
Melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan
segala larangan Nya dengan taat.
Tawakkal
Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh
Wali al-Ahd
Putera Mahkota.
Wali Allah
Istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah
melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala
larangan Nya secara zahir dan batin.
Wali Bukan Mujbir
Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki
seibu sebapa atau sebapa.
Wali Mujbir
Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis
tanpa persetujuannya terlebih dahulu.
Wali
(i) Bantuan atau perlindungan daripada Allah (ii) Orang
yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.
Walimatulurus
Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
Zihar
Bahasa : Belakang.
Istilah : Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya
dengan ibunya @ dengan mana- mana perempuan muhram baginya.
Zikrullah
Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan |