| Pendidikan Islam Tingkatan 2A || B || C || D || E || F || G || H
        || I || J || K || L || M || N || O || P || Q || R || S || T || U || V || W || X || Y
        || Z ::
        
 Abu HurairahGelaran seorang sahabat Rasulullah s.a.w kerana beliau suka bermain
        dengan seekor anak kucing yang dimasukkannya ke dalam lengan bajunya.
 AdabTutur kata dan kelakuan yang halus dan bersopan.
 AdatPeraturan masyarakat/undang-undang/hukum kemasyarakatan/kebiasaan.
 Adil- Meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai.
 - Tidak berat sebelah/tidak memihak ke mana-mana/saksama/berpatutan.
 Ahli SuffahAhli-ahli Sufi.
 Air ManiAir yang mengandungi sperma yang keluar dari kemaluan lelaki.
 Akad NikahPerjanjian perkahwinan.
 AkhiratAlam yang kekal
        selepas kehidupan di dunia.
 AkhlakKelakuan/tingkah
        laku yang baik/budi pekerti/moral/tabiat.
 Al-AdlYang Maha Adil.
 Al-AlimYang Maha
        Mengetahui
 Alam AkhiratAlam tempat kita
        berada sesudah kita mati, alam yang kekal abadi.
 Alam BarzakhAlam tempat orang
        yang mati berada sementara menunggu hari dibangkitkan semula di padang
        mahsyar/alam kubur.
 AlaqahSegumpal darah.
 Al-FaroukPemisah di antara hak dan batil.
 Al-HakimYang Maha
        Bijaksana
 Al-QuranKitab yang
        mengandungi kata-kata Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad
        s.a.w melalui malaikat Jibril a.s untuk dijadikan ikutan dan pegangan
        bagi semua umat manusia hingga ke hari Kiamat.
 Al-WahidYang Maha Esa.
 AmanahJujur, sesuatu
        yang dipercayakan kepada orang lain.
 Amar MakrufMenyuruh kepada kebaikan.
 
 Ansar
 Gelaran terhadap Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam dan
        membantu Rasulullah s.a.w ketika di Madinah.
 
 Aqidah
 Kepercayaan/pegangan/keyakinan di hati terhadap keesaan Tuhan.
 ArasyBahasa :
        Singgahsana/takhta.
 Istilah : Takhta Allah yang tidak diketahui hakikat sebenarnya.
 Ar-RahimYang Maha Penyayang.
 Ar-RahmanYang Maha Pemurah.
 Ar-RazzakYang memberi
        rezeki.
 AsadullahBahasa : Singa
        Allah. Gelaran kepada Sayidina Hamzah bin Abdul Muttalib (bapa saudara
        Nabi).
 Asma’
        al-husnaNama-nama Allah
        yang indah-indah dan menunjukkan sifat kesempurnaanNya.
 As-SidiqOrang yang membenarkan (kata-kata Nabi). Gelaran kepada Sayidina Abu
        Bakar r.a.
 As-SyurtohPasukan polis.
 AsyuraHari yang ke-10
        dalam bulan Muharram.
 AtidMencatat amalan
        buruk makhluk.
 AuratBahagian tubuh
        yang wajib ditutup
 
 Azam
 Kemahuan yang tinggi.
 BadarNama tempat yang
        berlakunya peperangan pertama dalam Islam, pada tahun 2 Hijrah.
 Baitu al-IzzahLangit dunia.
 BaitulmalTempat pengumulan
        hasil zakat sebelum diagihkan kepada orang yang tertentu/layak.
 Bani IsrailKeturunan Nabi
        Yaakub a.s yang terkenal dengan bangsa Yahudi.
 
 Baraqal
 Orang yang mempunyai akal fikiran yang sempurna.
 BasmalahSingkatan "Bismilliahhirahmanirahim"
 BatalTidak sah/termansuh.
 BathilTidak benar.
 BerbekamMengeluarkan
        darah kotor daripada badan seseorang.
 BerhalaPatung-patung
        dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam.
 BeristighfarMemohon keampunan
        dari Allah dengan astaghfirullah.
 BerjamaahBeramai-ramai.
 BerkumurMencuci mulut
        dengan mengocak-ngocak dengan air di dalamnya.
 BersetubuhMemasukkan
        kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan sekurang-kurang masuk khasafahnya.
 BertasbihMemuji Allah
        dengan ucapan SubhanAllah.
 Bertenung nasibMenilik nasib
        dengan tenung untuk mengetahui sesuatu yang akan terjadi pada masa akan
        datang.
 BusarSejenis kayu
        bengkok atau lekung yang direntangkan tali bagi melepaskan anak panah.
 CendekiawanKumpulan intelek, cerdik pandai, terpelajar.
 DakwahBahasa : Seru/ajak.
 Istilah : Menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadah kepada
        Allah dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya / Penyebaran
        agama ____ Islamiah berkembang pesat
 Dalil NaqliHujah/bukti yang
        bersumberkan al-Quran dan Hadith.
 
 Dermawan
 Orang yang suka menderma.
 DinarNama nilai mata
        wang di setengah negara Arab (wang emas).
 DirhamMata wang emas
        atau perak yang pernah digunakan pada masa dahulu.
 DiskusiPerbincangan.
 DoaPermintaan atau
        permohonan kepada Tuhan.
 FaedahSesuatu yang
        mendatangkan kebaikan, guna manfaat.
 Fajar SiddiqDinihari benar/menjelang subuh.
 FakirOrang yang
        memperolehi pendapatan yang sekadar keperluan dalam sehari.
 Fardhu AinKewajipan ke atas
        setiap individu mengerjakannya.
 Fardhu KifayahKewajipan bersama
        yang wajib ditunaikan sekurang-kurang seorang daripada masyarakat Islam
        itu maka tertunailah kewajipan itu.
 Fardu AinPerkara yang
        wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang cukup syarat.
 
 Fardu Kifayah
 Perkara yang wajib ditunaikan oleh seorang/ sebahagian orang Islam
        untuk
 kepentingan umat Islam. Jika tidak dilaksanakan semua sekali menanggung
        dosa.
 
 Fasik
 Orang yang sering melakukan dosa serta maksiat.
 FidyahGantian/denda
        yang dikenakan berupa secupak makanan asasi untuk diberi kepada fakir
        miskin.
 FitnahTuduhan jahat
        yang sengaja diada-adakan.
 FitrahTabiat semula
        jadi manusia yang suci dan bersih.
 FleksibelBoleh
        berubah-ubah mengikut kehendak dan kesesuaian
 GabenorKetua pemerintah
        wilayah yang dilantik untuk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah.
 Gantang BaghdadLebih kurang 2.7
        kilo beras.
 Gelincir MatahariMasuk waktu
        Zuhur.
 GenerasiKumpulan individu
        yang lahir pada waktu yang sama, angkatan atau tahap ataupun peringkat
        perkembangan.
 
 Ghaib
 Tidak dapat dilihat, tersembunyi.
 
 Hijrah
 Perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah.
 Hadiah/hibahPemberian ikhlas.
 
 Hadis
 Segala percakapan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.a.w.
        yang diriwayatkan oleh para sahabatnya untuk menjelaskan hukum dalam
        agama Islam.
 HafazMengingat segala yang dipelajari, dapat melafazkan ayat al-Quran dan
        lahirnya dari ingatan semata-mata.
 HakimPegawai yang
        dilantik bagi mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah.
 HalalDibolehkan dan tidak ditegah oleh Islam.
 HalqumKerongkong/hujung
        kerongkong yang dapat dilihat tersembul pada leher.
 HambaOrang yang
        terpaksa bekerja kepada seseorang dengan tidak mendapat sebarang
        bayaran.
 Hari ArafahHari jemaah haji
        berwuquf di Padang Arafah.
 Hari SyakHari yang tidak
        dapat dipastikan sama ada pada hari tersebut telah bermula puasa atau
        belum. (30 Syaaban)
 Hari Tasu’aHari ke-9 dalam bulan Muharram.
 Hari TasyriqHari ke-11, 12
        dan 13 dalam bulan Zulhijjah.
 HidayahBahasa :
        Petunjuk.
 Istilah : Petunjuk Allah ke arah kebenaran.
 
 Hidayah
 Cahaya petunjuk ke arah kebenaran yang dikurniakan oleh Allah
        kepada sesiapa yang dikehendaki.
 HidayahPertunjuk/Pimpinan
        dan bimbingan dari Allah S.W.T.
 HijabKain
        penutup/cadar/tabir/tirai.
 
 Hamba Sahaya
 Hamba abdi
 HisbahUndang-undang dan
        peraturan di pasar seperti adab sopan dalam berjual beli dan pengawasan
        timbangan.
 HudaibiahNama sebuah
        perkampungan di pinggir bandar Mekah. Tempat berlakunya Perjanjian
        Hudaibiah antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah pada 6 Hijrah.
 IbadahBakti kepada
        Allah/menurut perintah Allah S.W.T.
 IhsanMembuat sesuatu
        dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
 IhsanPerbuatan yang
        baik/melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah.
 IkhlasPerasaan yang
        bersih dan jujur
 
 Individualistik
 Sikap seseorang yang mementingkan dirinya sendiri.
 IkhlasSuci hati serta jujur kerana Allah serta tidak mengharapkan sebarang
        balasan daripada perbuatannya.
 Iklim dinniSuasana /persekitaran menepati kehendak / syariah / cara hidup agama
        yang wujud pada sesebuah tempat.
 IktibarPengajaran/contoh/teladan/peringatan.
 IktiqadKepercayaan atau
        keyakinan dalam hati
 IlahDicintai,
        digeruni dan dipatuhi.
 IlmuPengetahuan-
        pengenalan
 IlmuBahasa :
        Pengetahuan.
 Istilah : Pengetahuan sebenar tentang sesuatu perkara.
 
 Imam
 - Ketua sesuatu kumpulan
 - Orang yang mengetuai solat berjemaah
 - Ketua Negara
 ImarahMemakmurkan / membangunkan
 InjilKitab suci yang
        diturunkan kepada Nabi Isa a.s
 InspirasiIlham/idea/fikiran.
 InstitusiBadan yang
        menjalankan tugas yang bersifat am, pusat pengajian tinggi.
 IslamPatuh/taat/sejahtera/selamat.
        Menyerah diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan
        meninggalkan segala laranganNya.
 IsrafilMeniup
        sangkakala.
 Istilah FiqhPerkataan atau
        rangkaian kata yang mempunyai erti yang jitu dalam bidang ilmu
        pengetahuan, hukum dalam agama Islam.
 IstiqamahSuatu sikap yang
        berterusan dalam melakukan ibadat/pekerjaan.
 Istiqamah
 Tetap pendirian,
        tetap hati tekun dan terus menerus dalam menggiatkan usaha.
 Izrail
 Mengambil nyawa.
 JahiliyyahErtinya
        kebodohan. Zaman kebodohan / zaman sebelum kedatangan Islam.
 JamaahKumpulan orang
        ramai.
 
 Jamak Taqdim
 Mengawalkan/menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu yang pertama.
 Jamak
        Ta’akhirMelewatkan/mengakhirkan dengan menghimpunkan 2 solat fardhu dalam waktu
        yang kedua
 
 Jamak
 Bahasa : Himpun/kumpul.
 Istilah : Menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat
        tertentu.
 JamalElok rupa/baik
        perangai.
 JanabahMandi junub/mandi wajib.
 
 Iktiqaf
 Berhenti seketika di dalam masjid bertujuan untuk beribadat.
 JibrilMenyampaikan
        wahyu/ketua malaikat.
 JihadBerperang ke
        jalan Allah / melakukan sesuatu untuk meninggikan agama Allah
 JinayatPerbuatan jahat seperti mencuri, membunuh dan lain-lain yang salah di
        sisi undang-undang.
 JudiPermainan yang
        mengandungi pertaruhan berbentuk wang ataupun material.
 JumaatPenghulu sekalian
        hari. Diwajibkan solat Jumaat pada hari tersebut.
 KafirOrang yang tidak percaya sepenuhnya kepada hukum Allah dan menolak apa
        yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 KaifiatCara-cara/kaedah.
 
 Kalimah
 Perkataan.
 Karramallahu
        WajhahErtinya Allah memuliakan wajahnya. Gelaran ke atas Sayidina Ali bin Abi
        Talib.
 Kaum Aus/khazrajPenduduk asal Madinah yang kemudian memeluk Islam dan membantu Nabi dan
        muhajirin dikenali juga sebagai golongan Ansar.
 
 Khaibar
 Nama tempat di mana berlakunya peperangan antara Rasulullah s.a.w.
        dan kaum Yahudi.
 
 Musafir
 Orang yang dalam perjalanan jauh.
 Khalifah- Pengganti {
        Kepada Nabi Muhammad S.A.W}
 - Gelaran ketua negara Islam
 KhalifahPengganti kepada
        Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda, gelaran bagi ketua agama
        dan raja Negara Islam.
 KhandakErtinya parit.
        Satu peperangan yang berlaku pada tahun 5 hijrah di antara Rasulullah
        s.a.w dan Musyrikin Mekah.
 KhianatBelot/tidak
        amanah.
 KhurafatKepercayaan karut
        yang bertentangan dengan ajaran Islam.
 KifarahDenda berat yang
        dikenakan kerana melanggar sesuatu peraturan.
 KonflikPerselisihan atau pertentangan antara individu.
 KoperasiKerjasama/usaha
        sama.
 KorbanIbadat
        menyembelih binatang ternakan {Lembu, kambing, kerbau dan lain-lain
        pada hari ke-10,11,12 &13 Zulhijjah} untuk beribadat kepada Allah.
 KorporatBerkaitan dengan
        syarikat atau perbadanan.
 KreatifBerkeupayaan
        mencipta/berkebolehan menghasilkan sesuatu.
 KriteriaAsas
        pertimbangan/ukuran bagi menilai atau membuat penilaian sesuatu
        dasar/dasar sesuatu tingkah laku atau tindakan/syarat kejadian.
 KuliahSatu sistem
        penyampaian pengajaran berbentuk syarahan oleh seseorang.
 Luh MahfudzTempat catatan di
        alam ghaib yang terpelihara iaitu tempat tercatatnya segala rahsia
        makhluk
 Madinah
        Munawwarah- Bandar yang bercahaya.
 - Nama baru bagi Yathrib.
 Majmuk- Berbagai-bagai.
 - Masyarakat Majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
 
 Makhluk
 Segala yang dijadikan oleh Allah S.W.T.
 MakhlukSemua yang
        diciptakan Allah di alam ini.
 MakruhPerkara yang
        disuruh tinggalkan, jika dilakukan tidak akan mendapat dosa, jika
        ditinggalkan mendapat pahala.
 Maksiat- Perbuatan yang
        melanggar perintah Allah, perbuatan yang berdosa
 - Segala perbuatan yang menyalahi syariat /hukum Islam.
 
 Malaikat
 Makhluk Allah dijadikan dari cahaya tidak berjantina, tidak
        bernafsu, sentiasa taat perintah Allah.
 
 Malik
 Menjaga pintu neraka.
 ManfaatBerguna/Berfaedah.
 MaqamPangkat/darjat.
 MarhalahKadarnya lebih
        kurang 45 km untuk satu marhalah.
 
 Maruah
 Harga diri/kehormatan.
 Mashaf UthmaniAl-Quran yang
        dibukukan oleh Sayidina Uthman bin Affan r.a.
 MasihiTahun yang dikira
        bermula dari kelahiran Nabi Isa a.s. Al-Masih – gelaran untuk
        Nabi Isa
 Masjid NabawiMasjid Nabi di
        Madinah. Diasaskan oleh Rasulullah s.a.w selepas hijrah ke Madinah.
 Masjid- Tempat sujud.
 - Suatu tempat ibadat bagi umat Islam.
 MazmumahSifat yang
        tercela
 MikailMenurunkan hujan
        dan mengatur pembahagian rezeki.
 MikroskopAlat yang
        menggunakan kanta untuk menjadikan objek yang kecil kelihatan besar.
 MuafakatPersetujuan
        bersama.
 MuamalatIlmu pengetahuan
        yang berkaitan urusan hidup seperti jual beli.
 MudghahSeketul daging.
 
 Mudharat
 Merosakkan/membahayakan diri atau harta.
 Muhajirin- Orang yang
        berhijrah.
 - Pengikut Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.
 MuhasabahMembuat
        perhitungan terhadap diri sendiri.
 MukjizatPerkara luar
        biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada Rasul untuk membuktikan
        kerasulan mereka.
 MukminOrang yang
        percaya dan yakin sepenuh hati kepada Allah serta beramal dengan segala
        suruhannya.
 Mukmin
 Orang yang beriman kepada Allah S.W.T
 MumayizMatang /dapat membezakan antara perkara baik dan jahat, benda yang
        bersih dan kotor.
 MunafikBerpura-pura
        beriman sedangkan hatinya kufur kepada Allah S.W.T.
 MunakahatHukum feqah berkenaan perkahwinan, penceraian dan lain-lain.
 Mungkar /NakirMenyoal di dalam kubur.
 Muqim Orang yang
        menetap di suatu kawasan.
 
 Muraqabah
 Merasai bahawa Allah sentiasa memerhati segala gerak-geri dan
        tindak-tanduk seseorang hamba.
 MurtadKeluar dari agama
        Islam.
 MusafirOrang yang dalam
        perjalanan ke suatu tempat tertentu dengan tujuan kebaikan dan memberi
        manfaat jaraknya lebih 2 marhalah.
 MusibahSemua bentuk
        kesusahan, halangan, kesusahan, yang dihadapi oleh seseorang.
 
 Muslim :
 Orang yang beragama Islam.
 MusuhSeteru/orang yang
        ditentang.
 MusyrikinOrang yang
        menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan.
 MuwalahBerturut-turut,
        tidak diselangi dengan perkara lain.
 
 Nahi mungkar
 Mencegah daripada perbuatan yang mungkar.
 
 Nazar
 Janji /sumpah yang mewajibkan seseorang melakukan amalan yang pada
        kebiasaannya hanya sunat atau harus dilakukan apabila hajat yang
        diidamkannya tercapai.
 NerakaTempat pembalasan
        buruk bagi orang yang berdosa di Akhirat nanti.
 NiatMaksud atau tujuan sesuatu perbuatan.
 NikmatSemua bentuk
        kesenangan, keperluan yang diterima oleh seseorang
 
 Nutfah
 Air mani.
 
 Onani
 Mengeluarkan mani dengan menggunakan tangan.
 OptimisSelalu menaruh
        harapan baik terhadap sesuatu
 OrientalisOrang mempelajari
        dan mengkaji ilmu Islam yang bertujuan untuk memesongkan kefahaman
        Islam yang sebenar.
 Politik : Ilmu yang berkaitan dengan sistem pemerintahan dalam sesebuah
        negara.
 PahalaGanjaran dari
        Allah atas ketaatan.
 PanjiBendera.
 Perang JamalPeperangan pada
        zaman Sayidina Ali menentang kumpulan Sayidina Tolhah yang disertai oleh
        Saidatina Aisyah.
 PetroleumMinyak yang didapati dari dalam tanah / laut untuk menghasilkan petrol,
        parafin dan lain-lain.
 Pro-aktifBergerak
        cergas/pantas.
 ProgresifHaluan untuk meningkatkan kemajuan.
 ProtokolPeraturan dalam
        adat-istiadat rasmi.
 PuasaBahasa: Menahan
        diri.
 Istilah : Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari
        terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat.
 Qada’ PuasaMenggantikan puasa Ramadan pada hari yang lain atas sebab-sebab
        tertentu.
 QasarBahasa : Pendek
 Istilah : Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.
 
 Qiyamul lail
 - Menghidupkan malam dengan melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
        selepas 2/3 malam
 
 Quraisy
 - Bangsa Arab yang paling mulia dari kalangan bangsa-bangsa Arab
        yang mendiami Mekah.
 - Rasulullah daripada keturunan Quraisy
 RukunDasar, pokok,
        asas, tiang sesuatu ibadat.
 
 Rabb
 Pencipta/ pemilik dan penguasa.
 RahmahBelas kasihan.
 RahmatBahasa : Belas
        Kasihan.
 Istilah : Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia.
 
 Rahmat
 Belas kasihan Allah
 
 Ramadan
 Bahasa : Panas terik.
 Istilah : Bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.
 Raqib (malaikat)Mencatat amalan
        baik makhluk.
 RedhaRela dan bersedia dengan ikhlas hati untuk membuat sesuatu.
 RiakMelakukan sesuatu
        amalan untuk menunjuk-nunjuk.
 
 Riduan
 Menjaga pintu syurga.
 RiwayatKisah / cerita
        turun temurun
 
 Rogol
 Perbuatan memperkosa atau berzina secara paksa
 
 Rongga
 Lubang/ruang.
 RukhsahBahasa : Kemudahan.
 Istilah : Kemudahan/keringanan yang diberikan kepada orang yang
        tertentu yang layak.
 Rukhsoh PuasaKeringanan yang diberikan oleh Allah kepada golongan tertentu semasa
        menjalani ibadat puasa.
 SabarKesanggupan
        menanggung kesusahan, cabaran / Menahan diri daripada melakukan sesuatu
        tindakan.
 Sahsiah Keperibadian.
 SahurMakan selepas
        waktu tengah malam bagi seseorang yang hendak berpuasa.
 Sayyidul SyuhadaPenghulu / ketua bagi sekalian orang mati syahid
 
 Sedekah
 Memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukannya.
 SelawatUcapan
        puji-pujian yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 SiasahPengetahuan yang
        bersangkutan dengan hal kenegaraan seperti politik.
 Sifat mazmumahSifat-sifat yang dikeji.
 
 Simulasi
 Perbuatan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau
        dibuat tetapi mirip seperti asal.
 SirahPerjalanan / Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a.
 SistematikBerasaskan atau
        menurut sistem.
 SohihBenar
 
 Solat Sunat Tarawikh
 Solat sunat yang dilakukan pada malam hari pada bulan Ramadan.
 Solat- Doa / Satu
        Ibadat yang mempunyai perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan
        takbir dan diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat tertentu
 
 Sosial
 Segala hal yang berkaitan dengan masyarakat.
 SpiritualPerkara yang
        bersifat rohaniyah.
 StrategiSatu perancangan
        bagi melaksanakan sesuatu tindakan
 
 Subuh
 Waktu di antara terbit fajar siddiq hingga naik matahari
 
 Suhuf
 Lembaran yang bertulis yang diturunkan kepada beberapa orang rasul.
 Sumbang MahramPerbuatan berzina atau mencabul antara lelaki dan perempuan yang
        ada hubungan mahram (kekeluargaan).
 SunatPerkara yang
        digalakkan untuk dilakukan, jika dilakukan akan mendapat pahala, jika
        ditinggalkan tidak mendapat dosa.
 SunatSatu hukum dalam
        Islam. Hukum perbuatan ; jika dilakukan dapat pahala dan ditinggalkan
        tidak berdosa.
 SyahidMati kerana
        berperang di jalan Allah
 
 Syarat
 Ketentuan yang mesti dipatuhi.
 SyirikMenyekutukan
        Allah dengan makhluknya sama ada dari segi zat, sifat, atau
        perbuatanNya.
 SyukurBerterima kasih /
        Sikap berterima kasih hambaNya di atas pemberian Allah melalui hati,
        lidah dan anggota badan
 
 Syura
 Sesuatu keputusan berdasarkan suara ramai yang dianggotai oleh para
        cerdik pandai.
 
 Syurga
 Tempat pembalasan baik bagi orang yang melakukan kebaikan di
        Akhirat
 
 Ta’arif
 Pengertian.
 TaatSentiasa menurut
        perintah Allah
 
 Tabuk
 Satu daerah di Utara Arab Saudi / Perang Tabuk berlaku pada 9
        hijrah di antara tentera Rasulullah s.a.w dan tentera Rom.
 
 Tafakuf
 Merenung memikirkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
 TahilUkuran berat
 
 Tahyul
 Kepercayaan yang karut kepada sesuatu yang sebenarnya tiada.
 TakburBangga diri.
 
 Tamadun
 Keadaan masyarakat yang diasaskan kepada kemajuan kebendaan serta
        perkembangan pemikiran yang tinggi
 
 Taqwa
 Takut kepada Allah dengan mengerjakan segala perintah Allah dan
        meninggalkan laranganNya di mana jua berada
 
 Taqwim
 Kalendar Islam
 
 Tauhid al-asma’ wa as-sifat
 Meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang memiliki nama- nama yang indah
        dan sifat-sifat yang sempurna dengan
 menyucikan Allah daripada segala sifat-sifat kekurangan dan sifat yang
        boleh menyerupai makhluk.
 Tauhid rububiyahMeyakini bahawa hanya Allah yang mencipta memiliki, menguasai,
        memelihara ,memerintah sekalian alam.
 Tauhid uluhiyahMeyakini bahawa
        hanya Allah yang berhak disembah, diibadati, dipatuhi, diminta
        pertolongan, digeruni dan dicintai.
 Tauhid Mengesakan Allah S.W.T. / Satu ilmu untuk mengesakan Allah S.W.T.
 TauratKitab suci yang
        diturunkan kepada Nabi Musa a.s
 TawadukPerasaan rendah
        diri
 
 Teleskop
 Alat yang berbentuk seperti tiub panjang dan mempunyai kanta di
        dalamnya untuk melihat objek yang sangat jauh.seperti bulan dan
        bintang.
 TohmahAnggapan buruk
        terhadap seseorang sebelum mengetahui hal sebenar (fitnah).
 
 Tokoh
 Orang yang mempunyai kehebatan dalam sesuatu bidang
 
 Toleransi
 Bertolak ansur
 
 Ujub
 Perasaan megah diri/kagum dengan diri sendiri.
 
 Ulama’
 Orang yang pakar dalam ilmu pengetahuan Islam
 
 Uzur syari’e
 Orang yang dalam keadaan berhadas sama ada disebabkan keluar darah
        haid, nifas atau wiladah.
 WahyuKalamullah yang
        diutuskan kepada Nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril a.s
 
 Wajib
 Perkara yang disuruh lakukan, jika dilakukan akan mendapat pahala,
        jika ditinggalkan mendapat dosa.
 ZaburKitab suci yang
        diturunkan kepada Nabi Daud a.s
 Zakat FitrahBahasa :
        Bersih/suci bertambah dan subur.
 Istilah : Mengeluarkan makanan asasi dengan kadar tertentu, diberikan
        kepada orang tertentu dengan syarat tertentu.
 Zakat HartaBahasa :
        Bersih/suci bertambah dan subur.
 Istilah : Mengeluarkan sebahagian harta tertentu dengan kadar tertentu,
        diberikan kepada orang tertentu dengan syarat tertentu.
 ZakatSubur/bersih /
        Suatu kewajipan ( ibadat ) ke atas seorang Islam dengan mengeluarkan sebahagian
 daripada hartanya kepada golongan tertentu dan syarat tertentu
 
 Zalim
 Tidak Meletakkan sesuatu di tempatnya yang sesuai.
 ZatNama am yang
        menjadi hakikat sesuatu.
 ZiarahLawatan/kunjungan
        ke sesuatu tempat
 
 Zikir
 Mengingati Allah dengan lidah dan hati.
 ZinaPersetubuhan
        antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan
 
 Zuhud
 Sifat seseorang yang meninggalkan kepentingan dunia demi mencari
        kebahagiaan akhirat.
 Zul FaqarNama sebilah
        pedang yang digunakan oleh Sayidina Ali bin Abi Talib Karamallah hu
        wajhah
 
 Zul-Nurain
 Yang mempunyai dua cahaya / Gelaran yang diberikan kepada Sayidina
        Uthman r.a kerana mengahwini dua puteri
 Rasulullah s.a.w ( Ruqiyah dan Ummi Kalthum r.a ).
 |