| Pendidikan Islam
        Tingkatan 4A || B
        || C || D || E || F || G || H || I || J || K || L || M || N || O || P || Q || R || S || T || U || V || W || X || Y || Z ::
Al-FalahKejayaan.
 
 Ahli Kitab
 Golongan yang masih berpegang dengan kitab samawi (Taurat, Injil dan
        Zabur).
 Ahli Sunnah Wal JemaahKumpulan berpegang teguh dengan al-Quran dan Al-Sunnah serta perkara
        yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bidaah.
 Al-An’am Binatang ternakan yang berkaki empat.
 Al-DiwanJabatan.
 Al-FaruqGelaran yang
        diberikan kepada Saidina Umar al-Khattab bermaksud pemisah antara hak
        dan batil.
 Al-GhadabBenci-membenci /
        Perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain
 Al-GhanimahHarta rampasan
        perang.
 Al-Halalu Wa al-aqduGelaran yang
        diberikan kepada ahli syura atas kebolehan menghurai dan membuat
        keputusan.
 Al-HasadDengki / perasaan
        kurang senang melihat kelebihan orang lain.
 Al-MaimanahPasukan tentera
        sayap kanan.
 Al-Maisarah Pasukan tentera sayap kiri.
 
 Al-Najasyu
 Menipu / Melakukan sesuatu sama ada melalui tutur kata dan tingkah
        laku untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri/memudharatkan orang
        lain dengan cara yang salah.
 Al-SiddiqGelaran yang
        diberikan kepada Saidina Abu Bakar bermaksud benar.
 Al-Tadwin Kegiatan
        penulisan , pembukuan dan pembinaan perpustakaan yang wujud pada zaman
        Kerajaan Umaiyah.
 Amar Ma’ruf Wa
        Nahi MungkarMengajak melakukan
        kebaikan dan mencegah kemungkaran
 AmanahJujur
 Ancak Hidangan yang
        dusediakan untuk menjamu hantu, jin bagi menghindari sesuatu
        musibah/bala.
 ArakMinuman yang
        memabukkan yang boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Hukumnya
        haram diminum
 AsiOrang yang
        melakukan dosa/maksiat.
 Aurat Bahagian tubuh badan yang wajib ditutup menurut hukum Islam.
 AzimatBenda yang
        dipakai pada mana-mana anggota badan manusia yang dipercayai boleh
        mendatangkan faedah/sesuatu yang luar biasa.
 Bai’ahPerjanjian taat setia
        antara pengikut dan pemimpin.
 
 Batil
 Kepalsuan.
 BerbohongTidak bercakap
        benar/memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.
 Bercukur/BerguntingBergunting/bercukur
        rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut dalam ibadat haji.
 Berhikmah Kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah sesuai dengan kumpulan sasaran
        dakwah.
 Berpaling mukaPerbalahan atau
        tidak bertegur sapa.
 Bersugi Menyuci dan membersihkan gigi dari sebarang kekotoran.
 BersyukurMenyatakan rasa
        terima kasih kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang dikurniakan.
 Bid’ahPerkara baru yang
        diada-adakan dalam urusan agama.
 DadahSejenis bahan
        yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fakir.
 Dam Takhyir dan TakdilDenda yang boleh
        dipilih berdasarkan ketetapan syarak dan boleh ditukar mengikut nilaian
        harga dam.
 Dam Takhyir dan TaqdirDenda yang boleh
        dipilih berdasarkan ketetapan syarak mengikut kadar yang ditentukan
        mengikut kemampuan.
 Dam Tertib dan TakdilDenda yang
        dibayar mengikut susunan dan boleh ditukar mengikut nilaian harga dam.
 Dam Tertib dan TaqdirDenda yang
        dibayar mengikut susunan, dilaksanakan mengikut kadar yang ditentukan
        berdasarkan kemampuan.
 DamBahasa : Darah.
 Istilah : Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan
        semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara wajib
        haji dan umrah atau melakukan perkara yang dilarang semasa ihram haji
        atau umrah.
 DaruratKeadaan yang
        mencemaskan yang berlaku secara tiba-tiba.
 Diwan al-JundJabatan
        ketenteraan.
 Diwan Al-KharajJabatan Hasil.
 Dosa BesarKesalahan yang
        dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.
 Dosa KecilKesalahan yang
        tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di
        akhirat.
 DosaBalasan buruk
        kerana melakukan larangan Allah s.w.t dan meninggalkan suruhanNya.
 FadilatKelebihan.
 
 Fai’
 Harta rampasan daripada orang kafir tanpa peperangan.
 Fajar SadikCahaya
        kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit menandakan
        masuk waktu Subuh.
 Fauna Seluruh binatang dan
        serangga yang hidup di sesuatu tempat.
 FitrahSifat Semulajadi
        manusia.
 Flora Keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu tempat.
 Gadaian Bahasa : Menahan
        sesuatu
 Istilah : Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh
        pemiliknya untuk mendapat pinjaman.
 
 Ghair Muhson
 Penzina yang belum berkahwin.
 
 Gharar
 Sesuatu urus niaga yang tidak jelas dan mengandungi unsur-unsur
        penipuan.
 Hablun Min AllahHubungan dengan Allah.
 Hablun Min an NasHubungan baik
        sesama manusia.
 Hajarul AswadBatu hitam di
        Kaabah yang menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf.
 Haji IfradMengerjakan haji
        dan umrah secara berasingan di mana ibadat haji dilakukan dalam bulan
        haji manakala umrah dilakukan sama ada sebelum atau selepas ibadat
        haji.
 Haji QiranMengerjakan haji
        dan umrah secara serentak.
 Haji
        Tamattu’Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah dikerjakan
        terlebih dahulu dalam bulan haji diikuti ibadat haji dalam bulan haji.
 HajiBahasa : Mengunjungi tempat yang mulia
 Istilah : Mengunjungi Baitullah Haram ( Kaabah) di Mekah kerana
        mengerjakan ibadat-ibadat tertentu pada masa tertentu dengan
        syarat-syarat tertentu .
 HakKebenaran.
 
 Halkum
 Saluran pernafasan (kerongkong) yang wajib diputuskan ketika melakukan
        sembelihan.
 HidayahCahaya petunjuk Allah s.w.t. kearah kebenaran.
 HisabPerhitungan segala amal baik dan buruk manusia.
 HutangMemberikan sesuatu barang kepada seseorang dengan syarat dikembalikan
        semula.
 IhsanMelakukan ibadat
        ikhlas semata-mata kerana Allah.
 IjtihadMenggunakan keupayaan berfikir yang maksimum untuk menghasilkan
        penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan kaedah-kaedah yang tertentu.
 
 Ihram
 Keadaan seseorang yang telah berniat mengerjakan haji atau umrah
        pada ketika itu diharamkan baginya melakukan perbuatan
 IkrarBerjanji dengan
        bersungguh-sungguh hati.
 ImanMembenarkan
        dengan hati, mengakui dengan lidah serta beramal dengan anggota sebagai
        tanda kepatuhan kepada Allah s.w.t
 InsuransPerjanjian tanggungan diantara satu pihak dengan sesebuah syarikat untuk
        mendapat ganti rugi dan bayaran premeium tertentu.
 IstighfarMemohon keampunan
        kepada Allah s.w.t
 IstiqamahKetaatan dalam
        menjalankan sesuatu suruhan Allah secara berterusan.
 Istito’ahBerkemampuan melaksanakan ibadat haji.
 JamrahBatu kerikil [
        batu kecil ] untuk dilontarkan ketiga-tiga tempat [ Jamrah Aqabah,
        Jamrah al-Wusta dan
 Jamrah al-Ula ].
 JihadUsaha yang
        bersungguh-sungguh untuk mencapai keredaan Allah dalam semua aspek
        kehidupan.
 JizyahCukai kepala yang dikenakan kepada orang kafir dalam Negara Islam.
 Jual BeliMenukarkan barangan dengan barang mengikut cara tertentu.
 JudiPermainan yang
        mengandungi unsur-unsur pertaruhan.
 KabilahSuku bangsa atau kaum.
 Kafir ZimmiGolongan kafir yang bernaung dan tunduk kepada pemerintah Islam.
 KaramahPerkara luar
        biasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada orang soleh.
 Karramallahu
        WajhahGelaran yang diberikan kepada Saidina Ali b Abi Talib kerana wajahnya
        tidak pernah dihadapkan untuk menyembah berhala.
 KhalifahOrang yang memegang jawatan ketua Negara Islam.
 KharajCukai yang
        dikenakan kepada orang kafir kerana mengusahakan tanah yang dimiliki
        oleh orang Islam hasil dari peperangan.
 KhawarijSebahagian
        penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak
        menerima Majlis Tahkim.
 Khazanah AllahPerbendaharaan Allah s.w.t.
 Khulafa al-
        Rasyidin Gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara
        Islam
 selepas kewafatan Rasul.
 KhurafatKepercayaan dan perbuatan karut yang didakwa mempunyai hubungan dengan
        Islam tetapi bertentangan dengan akidah.
 Khusyuk
 Menumpukan
        perhatian dan minat yang sepenuhnya dengan perasaan merendah diri
        kepada Allah s.w.t
 KonvesionalBerdasarkan
        sesuatu amalan yang telah diiktiraf dengan meluas tetapi tidak
        berlandaskan syariat Islam.
 
 Korban
 Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari raya haji atau
        hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah S.W.T.
 Kufur HakikatIngkar atau
        menafikan rukun Iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
        s.a.w.
 Kufur NikmatMengingkari
        Khaliq atau Allah s.w.t sebagai pemberi nimat kepada manusia dan
        makhluk yang diciptaNya.
 KufurTidak percaya
        kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah
        s.a.w.
 LaghaPerkara yang sia-sia.
 LahjahDialek/Slanga.
 LiwatHubungan jenis
        antara lelaki dan perempuan.
 MahramGolongan yang
        haram dikahwini atau tidak batal wuduk.
 
 Majlis Syura
 Satu majlis yang membincangkan tentang pemilihan khalifah dan
        isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Negara.
 Majlis TahkimSatu Majlis perbincangan
        yang melibatkan pihak Saidina Ali b Abi Talib dan Muawiyah bin Abi
        Sufian selepas perang Siffin.
 MaksiatSegala perbuatan yang menyalahi syariat/hukum hakam.
 Mauizatul HasanahNasihat yang baik.
 MemfitnahMelemparkan
        tuduhan tanpa bukti kepada seseorang.
 MencuriMengambil hak orang lain tanpa izin secara sembunyi yang disimpan di
        tempat simpanannya.
 MengumpatMengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaanya dan
        menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya.
 MerompakMengambil hak orang lain tanpa izin secara kekerasan yang disimpan di
        tempat simpanannya.
 Miqat MakaniSempadan tempat
        bagi jemaah haji dan umrah memulakan niat ihram haji atau umrah.
 Miqat ZamaniSempadan masa
        bagi jemaah haji bagi memulakan niat ihram bermula dari bulan Syawal
        hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.
 MiqatSempadan masa dan
        tempat untuk memulakan niat ihram ibadat haji dan umrah.
 MualafGolongan yang
        baru memeluk Islam.
 MuhajirinOrang-orang Islam
        yang berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah.
 
 Muhson
 Penzina yang telah berkahwin dengan akad yang sah.
 MukallafOrang yang telah
        cukup umur dan berakal diwajibkan mematuhi hokum-hukum Islam.
 MunafikOrang yang
        berpura-pura beriman kepada Allah, sedangkan pada hakikatnya menolak ajaran
        Islam
 MungkarPerbuatan yang
        menyalahi syarak/hukum hakam sama ada terhadap Allah s.w.t, manusia dan
        alam sekitar.
 Murtad/RiddahKeluar dari Islam / Seseorang yang keluar dari Islam.
 MusahaqahHubungan jenis antara perempuan dengan perempuan.
 MusyrikOrang yang
        menyengutukan Allah pada zat, sifat dan perbuatan.
 MutlakTidak terbatas.
 NafarMeninggalkan Mina untuk kembali ke Mekah.
 Nafar AwalMeninggalkan Mina untuk kembali ke Mekah selepas gelincir matahari pada
        12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina pada musim
        haji tersebut.
 Nafar ThaniMeninggalkan Mina setelah selesai melontar ketiga-tiga jamrah pada 13
        Zulhijjah.
 NafkahSara hidup atau perbelanjaan harian orang
        yang berada di bawah tanggungannya.
 
 Nazar
 Janji dengan Allah S.W.T. untuk melakukan sesuatu apabila tercapai
        hajat atau niat.
 NikmatPemberian atau anugerah Allah.
 Perang JihadPeperangan antara orang Islam dan orang kafir bagi mempertahankan
        kesucian agama Islam.
 PusakaHarta benda yang
        ditinggalkan oleh si mati.
 Qalbul Jaish Pasukan tentera yang menjadi teras dalam system ketenteraan Bani
        Umaiyah.
 QazafMenuduh seseorang
        yang baik melakukan zina tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil.
 Qudwah Hasanah Contoh teladan yang baik.
 RahmatKasihan belas
        yang dilimpahkan Allah kepada orang yang dikehendakiNya.
 Rekreasi: Kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan badan dan
        melapangkan fikiran.
 RiadahBersukan/beristirehat.
 RiakMelakukan amalan untuk menunjuk-nunjuk.
 Riba al-FadlPertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama jenis.
 Riba al-NasiahPertambahan akibat penangguhan bayaran.
 RibaFaedah atau
        pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang dan
        seumpamanya.
 RukhsahKemudahan yang diberikan oleh Allah kepada umatnya untuk melakukan
        ibadat dalam keadaan tertentu.
 Rukun HajiAmalan yang wajib di lakukan dalam ibadat haji, jika tertinggal salah
        satu daripadanya hajinya tidak sah dan perlu diganti pada tahun
        berikutnya.
 SahamSejenis terbitan yang dikeluarkanoleh syarikat sebagai alat pemilikan.
 Sahib BaitulmalPengurus
        perbendeharaan Negara. Qadi al Quda’ : Ketua hakim.
 Sahibul al-AhdathPegawai polis.
 Sahibul al-DiwanKetua Setiausaha.
 Sahibul KatibSetiausaha.
 Sahibul KharajPegawai Pemungut
        cukai.
 SahsiahKeperibadian.
 SaieBerjalan ulang
        alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali yang dilakukan
        selepas tawaf.
 Saqah al-JaisPasukan tentera "barisan belakang".
 Sembelihan Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan
        urat halqum dan marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat
        kerana Allah.
 SewaSatu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang
        yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan
        bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
 
 Sihir
 Perbuata luar biasa yang dilakukan secara tersembunyi [ halus ]
        dengan bantuan makhluk halus seperti jin atau syaitan.
 Syafaat Permohonan Nabi dan solihin kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkan umat
        dan orang-orang yang diizinkanNya.
 Syarikat Bahasa : Bercampur atau berkongsi
 Istilah : Perjanjian prkongsian terhadap sesuatu perkara yang
        dilaksanakan antar dua pihak atau lebih.
 Syiah Golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai
        Khalifah.
 Syirik JaliPerlakuan syirik
        secara terang-terangan, contoh : menyembah berhala.
 Syirik KhafiTidak meletakkan
        Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat, contoh:
        riak.
 SyirikMenyekutukan Allah pada zat, sifat dan perbuatan.
 Tabi’ al
        Tabi’in Golongan yang sempat hidup bersama-sama dengan para tabiin.
 Tahallul AwalKeluar daripada
        ihram haji atau umrah setelah melakukan dua daripada tiga perkara
        berikut :
 1. Melontar Jamratu Aqabah pada 10 Zulhijjah
 2. Bercukur
 3. Melakukan tawaf ifadah
 Tahallul ThaniKeluar daripada
        ihram haji haji atau umrah setelah melakukan ketiga-tiga perkara di
        atas.
 TahallulKeluar daripada
        ihram haji atau umrah setelah melakukan beberapa perkara tertentu.
 TaubatKembali semula
        taat kepada Allah s.w.t setelah menyesali kesalahan yang dilakukan.
 TawaddukSifat merendah diri/tidak angkuh.
 Tawaf Ifadah : Tawaf rukun yang wajibditunaikan oleh mereka yang mengerjakan haji
 Tawaf QudumTawaf Selamat
        Datang
 Tawaf SunatTawaf yang boleh
        dikerjakan pada bila-bila masa
 Tawaf WadakTawaf selamat
        tinggal
 TawafMengelilingi
        kaabah sebanyak 7 kali bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
        dengan syarat-syarat tertentu
 UjubPerasaan megah
        dengan diri sendiri/ kagum dengan diri sendiri.
 
 Takbur
 Membanggakan diri sendiri.
 Ulama’
        al-Tabiin Golongan yang sempat hidup bersama-sama dengan sahabat-sahabat
        Rasulullah s.a.w.
 UmrahBahasa : Ziarah
 Istilah : Menziarahi Baitullah Haram kerana mengerjakan ibadah tertentu
        pada bila- bila masa dengan syarat-syarat tertentu pada bila-bila masa
        dengan syarat-syarat tertentu .
 
 Upah Haji
 Melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
 Urat Marie’
        Saluran pemakanan yang wajib diputuskan ketika melakukan sembelihan.
 
 Uzur Syarie
 Tidak melaksanakan sesuatu ibadat dengan alasan yang dibenarkan
        oleh syarak.
 Wajib HajiAmalan yang wajib dilakukan oleh jemaah
        haji, jika tertinggal salah satu daripadanya hajinya sah tetapi
        dikenakan dam.
 WasiatPesanan berbentuk lisan atau tulisan yang
        dibuat oleh seseorang sebelum kematiannya.
 
 Hadiah
 Pemberian sebagai tanda kenangan.
 WukufBerada di padang
        Arafah walaupun seketika di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga
        terbit 10 zulhijjah
 ZikirMengingati Allah
        sama ada dalam hati atau menyebutnya secara lisan.
 |